Wednesday, 4 September 2013

Sejarah Ringkas Pengakap Kelana

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia.

Pengasas : Lord Baden - Powell

- Selepas melalui perang Boer di Afrika Selatan, Baden - Powell telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade.
- Buku panduan tersebut yang kini bertajuk Scouting For Boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908.
- Pergerakan pengakap berkembang dengan cepat dari British ke negara-negara lain.
- Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1910.
- Pasukan pengakap pertama ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat inggeris yang bernama Frank Cooper Sands
- Pergerakan telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang.
- Pada tahun 1917, Pengakap Kelana telah rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa.
Pada tahun 1918, nama telah ditukar kepada Pengakap Kelana.
- Baden - Powell telah menerbitkan sebuah buku panduan untuk bahagian Pengakap Kelana yang diberi nama Rovering To Success.
- Di dalamnya beliau membentangkan matlamat dan tujuan Pengakap Kelana.
- Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Ranger Scout Moot) diadakan.
- Pada tahun 1975, memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka untuk wanita di Malaysia.
- Hal ini telah diikuti dengan Pengakap Remaja dan disambung kepada Pengakap Muda.

No comments:

Post a Comment