Pada 23 dan 24 Ogos 2013, seramai 4 orang ahli Pengakap Kelana SMK Shahbandaraya telah ke Presint 2, Putrajaya untuk Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2013. Di hari pertama iaitu 23 Ogos 2013, ahli-ahli kelana SMK Shahbandaraya tiba di Presint 2 pada pukul 11:00 pagi dan mendaftar pada pukul 4:00 petang. Selepas itu, kami diarahkan untuk mendirikan khemah di tempat yang disediakan pada pukul 5:00 petang mengikut kontinjen. Pada pukul 8:00 hingga 11:00 malam, ahli-ahli kelana menghadiri Perhimpunan Pengakap Kelana yang dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara iaitu Dato' Sri Shafie Salleh.
Pada hari kedua iaitu 24 Ogos 2013, majlis Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2013 diadakan sejak pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Sambutan ini dihadiri ramai ahli pengakap daripada pelbagai lapisan umur dari seluruh Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Sri Shafie Salleh. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik diadakan sempena sambutan ini.
No comments:
Post a Comment